Iz- Land Entertaiment

Iz- Land

Sunday, August 30, 2009

Kebesaran ALLAH s.w.t - Lautan jadi beku









BOIKOT MOBIL OIL ! ! ! Menghina ISLAM



AS-SALAAMU'ALAIKUM WAHAI HAMBA ALLAH....

MARI KITA SAMA2 BOIKOT PETROL PUMP MOBIL.

MENGHINAKAN UGAMA ISLAM DAN SEKELILING KA'BAH TELAH DIUBAH SUAI

DENGAN GAMBAR2 WANITA DISEKELILING KA'BAH JUGA...................


SEBARKAN KEPADA SEMUA KAWAN2 SEUGAMA KITA

Saturday, August 29, 2009

Panduan kusyuk dalam solat


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:


Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.


Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.


Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.


Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.


Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.


Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.


Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.


Mendirikan sembahyang secara berjemaah.


Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.


Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.


Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.


Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.


Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."


Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:


"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Msteri objek tajam dalam badan


IMEJ X-ray menunjukkan imej beberapa objek logam dalam perut Cicin.

SETELAH tiga bulan sakit tanpa mengetahui puncanya, seorang wanita di Indonesia, Cicin Listi Vitasari yang berumur 30 tahun akhirnya diberitahu oleh doktor bahawa perutnya mengandungi pisau lipat, dawai, besi kokot dan penyepit rambut.

Namun, apa yang menjadi lebih aneh ialah wanita yang berasal dari Desa Demung, Besuki, Situbondo, Jawa Timur itu menyatakan dia tidak pernah makan benda-benda tersebut.

Bapanya, HM Suwalis turut hairan dan dia seolah-olah tidak percaya apabila melihat imej ujian X-ray yang menunjukkan perut anaknya mengandungi objek-objek itu.

Menurut sebuah akhbar semalam, Cicin dimasukkan ke Hospital Situbondo sejak Selasa lalu.

Buat masa ini, wanita itu masih menahan sakit kerana doktor tidak melakukan pembedahan dengan alasan dirinya berada dalam keadaan lemah.

"Saya terkejut dan tidak percaya ketika mengetahui penyakit Cicin seperti ini. Ada banyak benda logam di dalam perutnya," kata Suwalis.

Bapanya itu menyatakan kemunkinan penyakit itu boleh diubati dengan menggunakan kaedah rawatan perubatan alternatif.

"Dari manakah objek-objek itu datang sedangkan anak saya tidak mungkin akan memakannya," jelas Suwalis.

Cicin enggan diwawancara kerana mulutnya berasa sakit untuk bercakap.

Wanita itu turut mengadu mengalami masalah pernafasan menyebabkan dia terpaksa bernafas dengan bantuan tiub oksigen.

Doktor pakar yang merawat Cicin, Dr. H. Setijohadi mengaku berasa aneh apabila merawat penyakit yang dihidapi oleh wanita itu selepas melakukan pemeriksaan pertama pada 16 Mei lalu.

Menurutnya, semasa melakukan pemeriksaan buat kali pertama itu, dia menemui besi kokot, pisau lipat dan penyepit rambut.

"Ketika saya melakukan pemeriksaan kali kedua pada Khamis lalu, benda-benda pelik itu sudah tidak dapat dikesan lagi tetapi pesakit masih mengadu berasa sakit di perut," katanya.

Dia mengaku ia merupakan kes pertama yang pernah ditemuinya.

Memang Allah sengaja...




* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita
sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH
dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.. .....

Adik ipar Mawi pilih duda anak tiga

AENN (kanan) bersama kakak kembarnya, Ekin.

KUALA LUMPUR - Tidak sampai setahun selepas Ekin mendirikan rumah tangga dengan penyanyi popular Mawi, kini giliran adik kembar, Nora Ain Rahmat atau Aenn pula menamatkan zaman solonya tidak lama lagi.

Pelakon berusia 30 tahun itu bagaimanapun memilih untuk mengadakan majlis pernikahan secara sederhana di kampung halamannya di Johor Bahru manakala lokasi bagi resepsi persandingan masih belum ditentukan.

Aenn yang sebelum ini terkenal menerusi drama bersiri Kawan bakal menjadi isteri kepada duda berusia 41 tahun yang telah mempunyai tiga cahaya mata. Mereka akan bernikah selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Saya minta maaf kerana tidak boleh beritahu nama bakal suami kerana saya hanya mahu dedahkan identitinya pada hari bersejarah kami nanti.

"Cuma saya boleh cakap lelaki itu ialah anak kelahiran Kuala Lumpur dan merupakan seorang ahli perniagaan," katanya ketika ditemui pada penayangan lima saluran di Astro sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Bukit Jalil di sini.

Menurut Aenn, dia dan bakal suaminya mempunyai banyak persamaan sekali gus menjadikan mereka serasi dan selesa bersama.

Kenapa Suka Buat Maksiat Dalam Toilet

Cikgu amar sedang mengajar bahasa melayu dalam kelas tingkatan 5 raya,beliau meminta pelajarnya memberi pendapat masing2 tentang tajuk " mengapa remaja melakukan maksiat dalam tandas awam"

hanim : pada pendapat saya remaja yg sanggup melakukan maksiat dalam tandas awam terdiri daripada golongan yg tidak berkemampuan menyewa hotel.

Azwan: saya tidak bersetuju,kerana ada dikalangan mereka yg berkemampuan pun masih membuat maksiat di tempat sebegitu.

Alin: mengikut firasat tok guru saya... mereka ni kelam kabut hingga tidak sempat mencari hotel @ tempat yg lebih sesuai & yg plg penting mereka ni cetek tentang pengetahuan agama.

Bob: saya tidak setuju cikgu,bahawa remaja itu cetek tentang pengetahuan agama..

Alin : kenapa pulak? bukankah mereka yg sanggup melakukan perbuatan sekeji itu cetek tentang agama @ tidak tahu menghayatinya.

Cikgu amar ;: (bertanya kepada bob) kenapa kamu tidak setuju dengaan pendapat alin td?

Bob: sebenarnya mereka sangat arif tentang agama.sebab mereka tahu malaikat tidak masuk tandas & jika mereka melakukan maksiat dalam tandas malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yg mereka lakukan.

Cikgu amar: (dalam hati) rosak murid aku sorang nie!!!

Suami buat hubungan sulit dihukum

TAYLOR memakai poster yang mengandungi penjelasan dia menipu isterinya.

CENTREVILLE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang suami di Virginia, William Taylor diarahkan berdiri oleh isterinya di tempat awam sebagai satu bentuk hukuman kerana dia melakukan hubungan sulit, lapor sebuah akhbar semalam.

Taylor turut memakai poster yang mengandungi ayat: "Saya menipu. Inilah hukuman saya."
Dia berdiri di tepi sebuah simpang di sini manakala poster itu digantung pada lehernya baru-baru ini.

Taylor memberitahu, isterinya mendapat idea untuk membuat hukuman itu selepas mendapati dia ditipu. Isterinya menemui bukti hubungan sulit suaminya menerusi telefon bimbitnya.

"Pada mulanya saya beranggapan hukuman itu merupakan satu gurauan tetapi isteri saya serius," kata Taylor kepada sebuah stesen televisyen.

Taylor diminta memakai poster itu selama seminggu tetapi selepas dia berdiri selama beberapa jam, isterinya menelefonnya untuk memberitahu bahawa hukuman itu berakhir.

Berpuluh-puluh pemandu membunyikan hon apabila mereka melihat Taylor berdiri di simpang itu pada waktu pagi

Friday, August 28, 2009

Malaikat Berdoa Untuk Orang Yang Bersedekah Di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan al- Mubarak antara bulan yang digandakan amalannya, pada bulan ini digalakkan bersedekah malah ia merupakan sunnah Nabi SAW dan salah satunya ialah memberi makan untuk orang berbuka puasa.

Bahawa hadis Nabi menyebut:"Sesiapa yang memberi minum orang yang berpuasa maka ia akan diberi minum oleh Allah SWT daripada kolam-Nya di hari akhirat nanti yang mana minumannya tidak akan dahaga sehingga dia masuk syurga."

Hadis nabi menyebut bahawa: "Pagi-pagi lagi Malaikat berdoa kepada orang yang bersedekah supaya ditambahkan hartanya dan orang yang kedekut akan dibinasakan hartanya."

Bersedekah kepada fakir miskin akan mendapat empat kelebihan untuk mengukuhkan dunia ini. Empat perkara tersebut ialah keadilan pemerintah, ulama yang beramal, pemurahnya orang yang hartawan dan doa daripada orang fakir.

Sekurang-kurangnya bersedekah kepada fakir miskin boleh mengurang tahap jurang social, kebanyakan orang fakir ialah terdiri daripada orang yang berjiwa halus dan apabila bersedekah kepada orang fakir mereka akan berasa diri tidak dipinggirkan.

Sunday, August 23, 2009

Sanggupkah anda makan KEK ini



Wah sedapnyeeee....



Lalu ke nak makan????


Mahal ke tak ekk....



Tokey kedai kek tersebut....

Saturday, August 22, 2009

Cite-cite kelakar

Anda bukanlah manusia jika anda tak ketawa membaca lawak di bawah ini.

Uban

Pada suatu hari sedang emak Nurul Janah sedang memasak ,Nurul Janah ternampak ada uban di kepala emaknya lalu dia pun bertanya"emak kenapa rambut emak bewarna putih?"tanya Nurul Janah

Dengan rasa malas ibunya pun menjawab "Setiap kali anak emak membuat emak menangis , sehelai rambut emak akan bertukar menjadi putih"jawab emaknya

Kemudian Nurul Janah pun berfikir sejenak dan bertanya lagi "Habis kenapa rambut nenek semuanya bewarna putih? emak selalu membuat nenek menangis kah?"

Cermin Mata

dalam perjalanan ke daerah tutong , hisham dan isterinya, salma singgah di restoran Aneka Citarasa.selepas menyambung perjalanan baru salma sedar, dia tertinggal cermin mata di meja restoran.

"Bang... cermin mata saya tertinggal atas meja tempat kita makan tadi", beritahu Salma.

"Isssyyy awak ni, benda macam tu pun tak boleh ingat.mana ada tempat nak patah balik kat highway ni" kata Hisham.

" Ala , mahal tau cermin mata satu tu", kata Salma.

"Yalah, yalah, kita pusing balik lah ni", balas Hisham

Setiba kembali di perkarangan restoran Aneka Citarasa ,Salma segera membuka pintu kereta .

"Mah, jangan lupa ambilkan abang punya cermin mata sekali ya", Jerit hisham

Tidak akan di hukum

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

I'm sorry

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

Kejadian Seram di Wad ICU

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka... Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9..00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya. ..

Nenek Ani

Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.

Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani..

Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".

Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"

Kambing Hitam & Kambing Putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Suami Terbaik


Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Dengan Penuh Senyuman

Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati...

"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin.

Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan. .

"Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang..."


Citer 1


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Citer 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci ..........


Citer 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 5

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite
major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the
accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne,
she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
" So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.


Citer 6

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 7


Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 8

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala


Citer 9

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.


Citer 10

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...


Citer 11

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"


Citer 12

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Radhi - 'Perdaya Shazlin'

DRAMA suami isteri ini berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Julai lalu.

DRAMA mahkamah pelakon, Shazlin Sharif dan penyanyi, Mohd. Radhi Razali berlaku lagi. Jika sebelumnya disebabkan kegagalan Radhi hadir ke mahkamah, namun munculnya Radhi telah membikin kecoh.

Bertelagah di hadapan khalayak menunjukkan sisi tegang hubungan mereka sebagai suami isteri. Shazlin berkata dia mengaku mempunyai hubungan dengan lelaki lain hanya kerana mahu menyakiti hati Radhi.

Habis insiden itu, gambar-gambar Shazlin sedang berfoya-foya dengan gadis lain pula bertebaran di Internet. Radhi mengaku semua ini datang dalam hidupnya secara serentak tetapi bersyukur dia sering diberi ruang untuk menebus kesilapan.

Mahu bergelar manusia normal, sekarang Radhi mempunyai kerja dan tidak mengharapkan wang nyanyian semata-mata. Dia juga ingin berbaik-baik dengan si isteri demi kebaikan anak mereka, Mohd Rifdi Muslim, 4 tahun.

Sibuk merancang mengeluarkan album solo, Radhi bakal memberikan royalti album tersebut buat isteri dan anaknya untuk keperluan masa depan.

"Satu lagi hajat saya, jika bercerai, saya mahu mendapatkan hak penjagaan Rifdi. Walaupun hanya diberikan setahun, itu sudah memadai.

"Saya mahu Rifdi mengenali bapanya," ujar Radhi yang ditemui pada majlis Makan Malam Radio Rosak di Kuala Lumpur tempoh hari

Wanita pernah jadi Permaisuri Mesir

NILEEN melakukan pembedahan kosmetik supaya wajahnya mirip Permaisuri Nefertiti.



SATU ukiran patung menunjukkan wajah Permaisuri Nefertiti.

SEORANG ibu tunggal, Nileen Namita sanggup melakukan lebih 50 pembedahan plastik sejak lebih 20 tahun lalu kerana dia percaya dirinya pernah hidup sebagai isteri Firaun Akhenaten, Permaisuri Nefertiti di Mesir.

Menurut sebuah akhbar semalam, Nileen yang berumur 49 tahun telah membelanjakan sebanyak £200,000 (RM1.1 juta) bagi melakukan satu siri pembedahan kosmetik supaya wajahnya mirip Nefertiti.

Wanita itu mula mengorak langkah melakukan perubahan pada wajahnya sejak 1987 selepas dia percaya dirinya pernah menjadi Permaisuri Nefertiti.

Ketika di zaman kanak-kanak, wajah permaisuri itu kerap muncul dalam mimpinya.

"Saya dapat melihat di mana permaisuri itu tinggal, hamba, bilik dan makanan yang dimakannya walaupun pada mulanya saya mendapati mimpi tersebut menakutkan," kata Nileen.

Sunday, August 16, 2009

Mengingati Allah Jiwa Akan Tenang

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk,
inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:


· Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

· Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

· Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya

· Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya

· Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

- wallahualam -

India mahu penjelasan AS

BIKANER - Pemerintah India akan menuntut jawapan berhubung isu penahanan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) di sebuah lapangan terbang di Newark, Amerika Syarikat (AS) kepada pentadbiran AS, kata Menteri Penerbangan Awam, Praful Patel semalam.

Menurutnya, insiden penahanan Shah Rukh oleh pegawai-pegawai imigresen AS untuk disoal siasat kerana mempunyai nama bercirikan Islam itu tidak wajar berlaku.

"Kami akan mengemukakan isu itu kepada pemerintah AS.

"Insiden yang melibatkan rakyat India berhubung agama atau kewarganegaraan mereka tidak sepatutnya berlaku.

SEORANG peminat Shah Rukh menjerit slogan anti-Amerika Syarikat di Allahabad, India semalam. "Kami tidak dapat menerimanya," katanya.

Campur tangan menteri itu berlaku selepas beberapa buah akhbar di India memprotes layanan yang diberikan terhadap Shah Rukh di AS.

Sebuah akhbar berbahasa Hindi, Dainik Jagran menyiarkan tajuk muka depan yang menyatakan kemarahan kerana Shah Rukh diaibkan.

Sebuah akhbar di negara itu, Mail Today turut mengisytiharkan penghinaan agama yang dialami bintang Bollywood tersebut sebagai mengejutkan India.

Bagaimanapun, beberapa pegawai AS menyatakan Shah Rukh menjalani pemeriksaan rutin ketika dia tiba di AS pada Jumaat lalu.

Pelakon terkenal yang mempunyai ramai peminat itu ditahan selama dua jam di lapangan terbang itu kerana nama Khan yang digunakannya terdapat dalam senarai orang yang perlu diperiksa.

Agensi berita Press Trust of India melaporkan patung Presiden AS, Barack Obama dibakar di bandar raya Allahabad bagi membantah penahanan Shah Rukh.

Duta AS ke India, Timothy Roemer bertindak menenangkan keadaan apabila mengeluarkan satu kenyataan kelmarin dengan menganggap Shah Rukh sebagai ikon global dan kedatangannya dialu-alukan di AS.

Wednesday, August 5, 2009

Gambar Seksi Isteri Radhi OAG, Shazlin Sharif Bersosial

Gilak ar, geleng kepala kami membelek gambar-gambar liar isteri Radhi OAG, Shazlin Sharif. Kami pasti anda masih ingat, minggu lepas kes penceraian’nya telah pun di’batalkan oleh pihak mahkamah, dan yang pasti’nya, Shazlin masih enggan kembali kepada Radhi OAG. Apa nak jadi dengan ‘wanita bandar’ zaman sekarang. Ada suami tak tahu menjaga, lepas itu bangga sangat minum arak, cium sesama wanita gamak’nya. Mungkin, pada mula’nya ramai yang akan mempersalah’kan Radhi, tapi apa kata anda pula selepas melihat gambar-gambar di’bawah?

Gambar Hangat Sharifah Jasmine Soraya Peserta Gadis Melayu Cium Mulut Sesama Jantina

Sharifah Jasmine Soraya diberi nama, bukan sahaja tidak berkelakuan seperti so-called Gadis Melayu, malah tanpa segan silu menonjolkan aksi’nya bersama botol arak, hisap rokok & berpakaian seksi.

Wanita berzina kerna CINTA

Kami tidak berzina ! Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina. Kami hanya barbual-bual, berbincang, Bertanya khabar, minum-minum di kafe.

Adakah itu menghampiri zina? Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat ,pesanan Rasulullah :Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya , syaitan (Tabrani) .Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!

Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?


Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!*(bagi kes belajar berdua- duaan SAHAJA)*

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group…? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni…betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu… banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaanitu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat na lurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akankecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang- orang yang zalim (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam.



Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan.Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidakbermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalahditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?

Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya.Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelakibiasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan.Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini

Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah merekakecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina. Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar- benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat: Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali denganseseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan.Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubatmu.

Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak kemana!

YaAllah bantulah mereka .
Kini mereka datang kepintuMu mencari redha-Mu.
Terimalah taubat mereka

Tidur nyenyak di stesen kereta api

KITTLER ditinggalkan oleh rakan-rakannya di sebuah stesen kereta api dekat Warngau.

WARNGAU - Seorang pemuda, Gerle Kittler terkejut besar apabila dia yang tersedar daripada tidur dan mendapati dirinya berada di atas sebuah sofa di sebuah stesen kereta api lebih enam kilometer dari rumahnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa anggota polis yang meronda di sini turut hairan apabila melihat dia tidur dengan nyenyak di platform stesen kereta api itu. Dia kemudian dikejutkan untuk disoal siasat.

Kittler, 25, sebenarnya menjadi mangsa gurauan beberapa rakannya selepas dia tertidur di atas sofa semasa menghadiri sebuah parti di sini, di negeri Bavaria.

Mereka menolak sofa tersebut menaiki sebuah kereta api yang berhenti di sebuah sebuah stesen kereta api lain.

Dia yang masih lena di atas sofa tersebut kemudian ditinggalkan oleh rakan-rakannya di stesen tersebut selepas kereta api itu berhenti

Bangkai misteri mirip alien ditemui

BATANG kayu yang dipenuhi teritip itu mempunyai 'belalai-belalai kecil'.

CARDIFF - Satu 'bangkai misteri' menyerupai bentuk makhluk asing mengejutkan orang ramai selepas ia ditemui terdampar di sebuah pantai di Wales, lapor sebuah akhbar semalam.

Bangkai yang panjang sekurang-kurangnya dua meter itu mempunyai banyak 'belalai kecil' di celah-celah teritip.

Ia disifatkan oleh seorang pakar zoologi seperti makhluk yang pernah muncul dalam siri televisyen popular Doctor Who.

Beberapa saintis menyatakan 'makhluk' itu sebenarnya kelompok teritip seperti kupang yang melekat pada sebatang kayu yang kemudian dihanyutkan oleh arus ke tepi pantai.

"Seorang kanak-kanak perempuan menjerit ketakutan apabila melihat 'makhluk' tersebut. Saya tidak menyalahkannya kerana ia amat ganjil," kata seorang pakar zoologi, Profesor Paul Brain dari Universiti Swansea.

Menurutnya, terdapat beribu-ribu teritip pada batang kayu itu dan himpunan tersebut membentuk imej seperti makhluk asing dari angkasa lepas.

Trend wanita rakam perut hamil

SEORANG jurufoto merakamkan gambar seorang ibu yang hamil dalam keadaan bogel di sebuah studio di Tokyo.TOKYO - Semakin ramai wanita Jepun suka merakamkan gambar perut mereka yang sedang hamil tanpa seurat benang, lapor sebuah akhbar semalam.

Trend itu berlaku selepas tersiarnya gambar bintang pop tempatan, Hitomo berbogel ketika hamil bagi mempromosi album terbarunya.

Sejak itu, semakin ramai ibu yang hanya mahu seorang anak mengunjungi studio-studio foto bagi merakamkan gambar perut mereka bagi meraikan pengalaman berharga tersebut.

"Saya amat gembira ketika mengandung. Gambar ini merakamkan kenangan indah yang tidak akan muncul kembali," kata seorang ibu, Kumiko Yoda yang melahirkan seorang anak lelaki pada 19 Julai lepas ketika berusia 40 tahun.

Korban H1N1 menjadi 13 orang

KUALA LUMPUR - Bilangan kes kematian akibat wabak selesema babi atau H1N1 terus bertambah dengan empat lagi mangsa menjadi korban menjadikan jumlah mangsa setakat ini 13 orang.

Dua mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Melaka membabitkan seorang remaja berusia 12 tahun yang mengalami komplikasi buah pinggang manakala seorang lelaki berusia 20 tahun pula asma kronik.

Mangsa ketiga ialah seorang budak lelaki berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Batu Pahat akibat radang paru-paru.

Terbaru, Mohd Hyafiq Aiman Mohd. Saiful Afendi juga berusia enam tahun, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan tengah hari semalam.

Maut hanya demam 1 malam

JASIN - Walaupun tanggapan umum bahawa demam akibat jangkitan selesema babi atau H1N1 mungkin berlanjutan beberapa hari, bagi seorang budak berusia 12 tahun, Amir Akram (gambar), dia hanya sakit untuk semalaman sahaja sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka akibat wabak maut itu pada Isnin lalu, Akram bersama keluarganya menghadiri satu majlis kenduri kahwin di Gemencheh, Negeri Sembilan pada hari Ahad.

Bapanya, Nor Azman Aziz, 41, berkata, pada waktu itu arwah kelihatan cergas seperti biasa sebelum suhu badannya meningkat pada sebelah malam

Karaoke x ok

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan enam tingkat di Jalan Sungai Besi di sini, dikesan bukan saja menyediakan karaoke dan spa, malah dipercayai menawarkan khidmat seks kepada pelanggan sejak lebih setahun lalu.

Difahamkan, pengusaha premis itu menempatkan beberapa bilik karaoke berlainan saiz di tingkat tiga, empat dan lima, manakala di tingkat paling atas tidak berbumbung mempunyai kolam renang kecil dipercayai tempat sauna.

Selepas puas berkaraoke, lelaki miang yang mahu melampias nafsu bersama pelayan pelanggan (GRO) warga asing dikatakan dibawa ke bilik khas mempunyai tilam dan pili air di tingkat dua bangunan berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, beberapa bilik khas disediakan di belakang sofa di bilik karaoke bagi memudahkan GRO menyembunyikan diri jika diserbu pihak berkuasa.

Tuesday, August 4, 2009

Cinta Internet, gadis ditipu RM19,879

LAM menunjukkan laporan polis berhubung penipuan
melalui Internet di pejabat MCA, Jalan Ampang semalam.

KUALA LUMPUR - Helah seorang lelaki memikat seorang gadis melalui Internet membuahkan hasil apabila dia berjaya mendapatkan wang sebanyak RM19,879.29 daripada gadis terbabit setelah berpura-pura ingin mengahwininya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lam, 39, memberitahu, dia mengenali lelaki yang bernama Raymond itu menerusi sebuah laman web yang dilayarinya dua bulan lalu.

"Bermula dengan satu pesanan darinya yang mengaku tinggal di United Kingdom, hampir setiap hari kami berhubung sehinggalah kami menjadi mesra," ceritanya pada sidang akhbar di pejabat Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Michael Chong di Ampang di sini semalam.

Menurutnya, kerana kasih, Raymond berjanji akan mengirimkan sebuah komputer riba, pemain digital MP3, sebentuk cincin dan banyak lagi menerusi kargo selepas berbual pada 26 Jun lepas.

Selang tiga hari kemudian, Lam telah dihubungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Keiran mendakwa mewakili sebuah syarikat kargo Skynet memintanya memasukkan RM16,379.29 sebagai cukai kastam ke atas barangan yang dikirim oleh Raymond.

Anak Michael Douglas ditangkap

GAMBAR fail menunjukkan Michael dengan Cameron.

NEW YORK - Anak lelaki pelakon terkenal Michael Douglas iaitu Cameron Douglas, 30, ditahan polis berhubung dadah di sebuah hotel mewah di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang merupakan anak tunggal daripada isteri pertama Michael iaitu Diandra Luker, ditangkap di Hotel Gansevoort di Manhattan pada 28 Julai lalu ketika melakukan urusan penjualan pil metaphatamine.

Dia pernah ditahan di California pada 2007 kerana memiliki kokain tetapi kes itu digugurkan kerana tidak cukup bukti.

UFO ekori pesawat RAF?

GAMBAR menunjukkan sebuah objek yang tidak dikenali (dalam bulatan) mengekori pesawat Tentera Udara Diraja Britain di Lyneham.

Seorang pesara guru iaitu John Powell berjaya merakamkan objek misteri berdekatan dengan sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Britain (RAF) di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Pesara guru itu sedang berkebun apabila dia mendapati terdapat objek yang mengekori pesawat RAF itu.

"Saya tidak percaya objek dari angkasa lepas tetapi benda itu seolah-olah mengekori pesawat tersebut."

Namun, seorang penyelidik yang mengkaji objek tidak dikenali (UFO) iaitu Nick Pope berkata, pembentukan awan kadang-kala disalah anggap sebagai UFO

Ikan kap RM118,294 diracun

SEORANG pemancing memegang bangkai ikap kap yang mati akibat keracunan.

TASIK KINGFISHER - Pemancing-pemancing berkabung berikutan kematian ikap kap terbesar yang terkenal di Britain yang didapati mati diracun di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan kap itu berumur 25 tahun dan diberi nama Benson seberat 29 kilogram dan bernilai £20,000 (RM118,294).

Pada Rabu lalu, ikan itu ditemui terapung di Tasik Kingfisher di kompleks Blueball dekat Tansor di Peterborough

Music Life


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones