Iz- Land Entertaiment

Iz- Land

Monday, September 7, 2009

ADA APA PADA NAMA

Apa makna EXORA? Pencarian di Kamus Dewan tidak menemukan perkataan Exora. Begitu juga kamus Collins dan Oxford. Mungkin juga kamus-kamus ini sudah ketinggalan zaman.

Apapun, amat diharapkan nama EXORA yang tidak bermakna akan memberi lebih makna kepada dunia permotoran negara. Nama-nama gah yang punya makna tersendiri seperti Waja, Satria, Savvy, Viva, Myvi cuma hebat dari segi nama, tapi mengecewakan dari segi kejituan.

Kenapa? Cuba kita renungkan pengalaman (personal experience) dibawah:

Satria 1.3 manual…setelah mengumpul duit untuk bayaran pendahuluan, dan setelah selesai urusan, terpancar senyum keriangan diwajah anak apabila menerima kunci kereta yang ditempah. Dari bilik pameran di Shah Alam, dia memandu kereta baru untuk kembali ketempat kerja. Sebaik melintasi bangunan kerajaan di Shah Alam, saya yang mengekori dari belakang dengan memandu kereta yang hampir seusia dengannya, ternampak ada benda terjatuh. Baru 1 atau 2 kilometer, cermin sisi sebelah pemandu dah pun tertanggal.

Semasa hendak menghantar kereta untuk servis pertama, saya dapati gegaran kuat pada stering, batang gear dan enjin . Mekanik di Pusat Servis Batu Cave mengatakan ” pengesan putaran enjin tidak menunjukkan ada masalah. Gegar macam ni biasalah…”.

Kerana yakin bahawa gegaran sebegitu bukan ‘normal’, aduan diajukan kepada penyelia di Pusat Servis berkenaan. Masih ingat dengan jelas arahan penyelia kepada mekaniknya “Kalau plan A tak boleh menyelesaikan masalah, pergi ke plan B”.

Apa itu plan B? Longgarkan mounting enjin dan hidupkan enjin selama beberapa minit. Untuk apa? Rupa-rupanya enjin tidak berada tepat dikedudukan sebenar. Setelah dlonggarkan mounting, barulah ia berada dikedudukan tepat. Kalau begitu, apa erti sticker ‘QC LULUS’ yang tertera dicermin kereta di bilik pameran!

Sebaik tamat tempoh jaminan, kereta mula semput. Setelah diperiksa, satu dari empat palam pencucuh diselaputi minyak pelincir. Jiran sebelah rumah yang membeli model sama seminggu lebih awal mendapati keadaan serupa berlaku. Menurut ceritanya, alkisah disuatu ketika ada perselisihan diantara pekerja dengan majikan berkaitan pembayaran elaun lebih masa. Sebagai tanda protes, pekerja memasang ‘piston ring’ selari sehingga menyebabkan timbul ruang untuk minyak pelincir lepas keatas. Wallahualam.

Setelah banyak mendengar aduan tentang jenama berkaitan, saya menukar arah kePerodua.

Viva 1lit manual jadi pilihan alternatif dengan harapan ia akan membantu mengembalikan keyakinan yang kian terhakis. Tak pun sampai 24 jam selepas menerima kunci dan baru puluhan kilometer berlalu, bunyi bising dikawasan enjin menimbulkan tanda tanya. Setelah diteliti, rupa-rupanya ‘compressor’ demam. Kenapa? Tekanan gas terlampau tinggi sehingga menyebabkan ‘valve’ didalam mengigil (chattering). Terpaksalah pergi ke pusat servis Sanden di Shah Alam untuk diganti dengan compressor baru.

Servis ketiga (10,000km) di Cawangan Perodua Batu Pahat hampir menyebabkan saya diserang kejutan perasaan. Pelik tapi benar. Kenapa cawangan ini ‘memaksa’ pelanggan menukar palam pencucuh? Dalam pakej servis, kononnya. Tegang urat leher menjelaskan isi kandungan ’servis manual’ yang menggariskan panduan bahawa ‘pereksa palam pencucuh setiap 30,000km’ dan bukan dipaksa tukar. Berapa ramai pengguna yang pernah membaca ‘owners manual’ dan tahu apa yang harus ditukar setiap kali kereta diservis!

Semasa membuat aduan tentang tingkap tidak boleh dikendali dari sebelah penumpang, saya terkejut mendengar seorang pengguna dimeja sebelah. Bulan sebelumnya, Perodua telah pun mengganti suis tingkap pintu belakang dan kini tingkap pintu hadapan pula menghadapai masalah sama. Masalah suis ini juga terdapat pada model-model perodua MYVI. Aduannya tentang gegaran enjin yang menyebabkan ia hampir mati ketika dikedudukan gear rendah juga sama dengan yang saya alami. Pintu belakang tidak boleh dibuka dari luar setelah kereta terjemur dipanas. Dua masalah ini masih belum ada penyelesaian.

Seperkara lagi, kenapa setiap kali servis, ‘connector’ ke terminal positif bateri dipaksa tukar? Oxide yang terkumpul disitu menunjukkan ada ketidak-serasian dari segi pengeluaran current alternator, cut-out atau kapasiti bateri itu sendiri. Kalau ia berpunca dari kelemahan design, kenapa bebankan pengguna?

Teringat saya betapa bangganya pihak pengurusan ketika pelancaran kereta baru. “…dari drawing board hingga kepelancaran cuma mengambil masa 17 / 18 bulan…”. Apakah masa sebegitu mencukupi untuk memastikan setiap komponen kereta melepasi tahap ujian sebenar? Berapa ratus atau ribu kali suis tingkap, kekunci pusat dll diuji? Kenapa baru puluhan kali diguna sudah meragam!

Hyundai Getz 1.3 dan Hyundai Matrix 1.6 sudah lebih 4 tahun kami miliki. Selain penukaran rutin minyak pelincir, penapis minyak dan palam pencucuh, cuma radiator hose clip berharga rm3 yang pernah diganti. Korea juga baru dalam industri ini tapi kenapa mereka boleh memberi kepuasan kepada pengguna khususnya kami???

Fikir-fikir kan lah

1 comment:

bloghopper said...

http://utuhpaloi.com/apa-ada-pada-nama/

Why didn't you credit the original owner of the article?

Music Life


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones