Iz- Land Entertaiment

Iz- Land

Thursday, July 30, 2009

Filem Manohara Akan Ditayangkan

JAKARTA - Filem yang memaparkan sudut pandangan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry berhubung isu penderaan isterinya, Manohara Odelia Pinot (gambar) akan ditayangkan pada Disember depan, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut pengarah filem itu, Kardy Syaid berkata, filem itu diberi nama Prahara Cinta Sang Pangeran.

Menurutnya, dia menemui beberapa sumber termasuk Tengku Muhammad Fakhry bagi mendapatkan maklumat sebelum membuat penggambaran.

"Sebelum membuat penggambaran, saya sempat bertanya kepada Tengku Muhammad Fakhry sama ada beliau menghiris dada Manohara.

"Tengku Muhammad Fakhry bilang bahawa Manohara menghiris-hiris hatinya," kata Kardy malam kelmarin.

"Tengku Muhammad Fakhry bilang bahawa Manohara menghiris-hiris hatinya," kata Kardy malam kelmarin.

Seks Dengan Kuda

COLUMBIA - Seorang lelaki dituduh melakukan hubungan seks dengan seekor kuda buat kali kedua di kandang yang sama, kata pihak berkuasa kelmarin.

Aktiviti lelaki itu, Rodell Vereen, 50, (gambar) terbongkar selepas pemilik haiwan tersebut, Barbara Kenley memasang kamera litar tertutup (CCTV) setelah mendapati kudanya itu berkelakuan aneh beberapa minggu lalu.

Kenley yang merupakan seorang wanita itu terkejut apabila melihat Vereen melakukan hubungan seks dengan kudanya menerusi CCTV.

Dia bertindak menahan suspek dengan menggunakan senapang patah ketika Verren sedang berasmara bersama kudanya yang berusia 21 tahun.

Pelacur Jadi Hos Parti PM Itali

RISALAH menunjukkan parti yang akan dihoskan oleh D'Addario (gambar kanan).

ROM - Seorang pelacur yang dikaitkan dengan skandal seks Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi iaitu Patrizia D'Addario akan menjadi hos parti di sebuah kelab malam bersejarah di Paris, lapor sebuah akhbar semalam.

D'Addario yang berumur 42 tahun mendapat liputan meluas pada bulan lalu selepas dia dan beberapa wanita lain dikatakan dibayar bagi menghadiri parti di kediaman Berlusconi.

Wanita itu akan menjadi hos parti I Love Silvio yang dijadualkan berlangsung malam ini.

Risalah parti tersebut memaparkan gambar Berlusconi bersama D'Addario serta berlatarkan menara condong Pisa.

Schumacher Kembali Pandu F1

SCHUMACHER bakal bersaing semula dalam perlumbaan F1 selepas bersara pada tahun 2006.


ROM - Bekas juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher akan membuat penampilan semula dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1).

Pengumuman yang dibuat pasukan Ferrari itu kelmarin pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh peminat fanatik Schumacher.

Legenda kelahiran Jerman itu yang bersara pada tahun 2006 akan menggantikan tempat Felipe Massa pada perlumbaan Grand Prix (GP) Eropah, 23 Ogos ini.

Schumacher juga dijangka mengekalkan posisinya selaku pemandu Ferrari sehingga penghujung musim ini.

"Pasukan Ferrari-Marlboro bercadang untuk memberi peluang kepada Michael Schuma- cher menggunakan kereta Felipe Massa sehingga pemandu Brazil itu kembali bersaing," jelas kenyataan pasukan dari Itali itu.

Paris Hilton Trauma Video Seksnya

GAMBAR menunjukkan Paris dalam rakaman seksnya.

LOS ANGELES - Selebriti Paris Hilton mendedahkan dia masih trauma berhubung penyebaran video yang menunjukkan dia dan bekas teman lelakinya, Rick Salomon melakukan hubungan seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Bagaimanapun, video seks yang disebarkan oleh Salomon pada 2003 itu membantu melonjakkan populariti Paris di Hollywood dan antarabangsa.

Mengulas mengenainya baru-baru ini, Paris berkata, dia tidak akan memaafkan Salomon kerana mempergunakan dirinya.

"Episod video seks itu amat menyakitkan. Apabila anda menyintai dan mempercayai seseorang tetapi dikhianati, anda akan mengingatinya pada setiap hari," katanya.

Sehingga kini, Paris hanya berdiam diri mengenai skandal itu tetapi dia akan mendedahkan semua kisah dalam dokumentari terbaru terbitan MTV berjudul Paris Not

Tuesday, July 28, 2009

Bayi Kepala Dua Meninggal

GAMBAR menunjukkan bayi berkepala dua sebelum meninggal dunia di Hospital Arifin Achmad, Pekanbaru semalam.

PEKANBARU - Seorang doktor mengesahkan bayi berkepala dua yang menjadi tumpuan umum di sini meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ di sebuah hospital di Indonesia.

Dr. Tubagus Odhi berkata, kanak-kanak lelaki yang lahir pada Khamis lalu itu meninggal dunia semalam.

Katanya, pihak hospital melakukan pelbagai usaha bagi menghalang kematiannya setelah kesihatan mereka merosot sejak kelmarin.

Kembar yang lahir menerusi pembedahan itu berkongsi semua organ penting kecuali jantung sekali gus menyebabkan usaha untuk memisahkan mereka sukar dilakukan.

Kembar itu meninggal dunia di Hospital Arifin Achmad di sini yang terletak dalam wilayah Riau.

Bayi itu adalah anak kepada pasangan Badrun dan isterinya, Nurhayati yang berumur 23 tahun.

Nurhayati pernah bermimpi dia akan melahirkan anak yang mempunyai dua kepala.

Katy Perry Seksi Di Pasar Raya

PERRY memakai pakaian ketat di pasar raya Kid Robot, New York kelmarin.

NEW YORK – Penyanyi lagu Hot & Cold, Katy Perry bukan sahaja seksi di pentas tetapi
pakaiannya menarik perhatian ramai ketika keluar membeli-belah, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelmarin, puteri pop berusia 24 tahun itu memakai pakaian ketat, singkat dan mendedahkan bahagian dadanya ketika membeli-belah di pasar raya Kid Robot di sini.

Sebelum itu, dia memukau pengunjung-pengunjung lelaki apabila muncul untuk makan
malam di restoran mewah La Esquina di sini.

Gadis Malaysia Cuba Di Lacur

INILAH gambar Iswatun yang mahu dijadikan pelacur di Sulawesi.

KUALA LUMPUR - Seorang gadis Malaysia terpaksa meredah hutan, sawah dan kubur pada waktu malam semata-mata melarikan diri daripada dijadikan pelacur di Modung, Jawa Timur Indonesia baru-baru ini.

Itulah pengalaman yang ditempuh Iswatun Hasanah Musbahuddin, 17, dari Pantai Dalam di sini yang dilarikan selama 24 hari ke negara jiran itu sejak 12 Januari lalu.

Semasa berada dalam 'tahanan', gadis yang masih belajar di tingkatan lima itu dikurung di dalam dua buah rumah selama sembilan hari.

Gadis itu bagaimanapun tidak dapat mengingati lokasi dia dikurung kerana kedudukan rumah tersebut yang jauh terletak di dalam hutan selain dia dibawa ke situ pada waktu malam.

Sebaik dapat melarikan diri, dia terus ke Balai Polis Polsek Modung yang terletak kira-kira 20 kilometer iaitu mengambil masa selama tiga jam perjalanan untuk sampai dari lokasi dia dikurung.

Dia kini selamat dan berada di satu lokasi yang dirahsiakan di Indonesia sebelum dihantar pulang ke Malaysia dalam tempoh terdekat

Saturday, July 11, 2009

Kami Bukan Artis Karnival-Ifa Raziah

IFA (kiri) bersama Roslan dan Fazli (kanan) berbincang mengenai nasib mereka yang seperti tidak dibela dalam kunjungan ke pejabat Kosmo! di Kuala Lumpur kelmarin.

Tiga orang artis kecewa apabila dipersalahkan atas dakwaan terlalu mengejar undangan nyanyian secara membuta tuli sehingga akhirnya diperdayakan.

Itulah perasaan Ifa Raziah, Fazli Zainal dan Roslan Shah terhadap kenyataan Pengerusi Majlis Muzik Malaysia, Datuk A. Rahman Hassan.

Menurut Ifa, A. Rahman sepatutnya tidak membuat tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan semangat mereka.

“Sebagai orang lama dalam industri seni, saya akui ada kebenaran kata-katanya itu cuma saya rasa kesal apabila beliau tidak memberikan maklum balas bagi menyelesaikan masalah kami,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Muka Kacak Sperma Sedikit

LELAKI yang mempunyai daya tarikan mengeluarkan sperma yang sedikit. - Gambar hiasan.

Wanita yang mahu melahirkan anak dinasihatkan supaya memilih suami yang tidak memiliki daya tarikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh saintis-saintis Universiti Oxford dan Universiti Kolej London, lelaki yang mempunyai daya tarikan menarik tidak mengeluarkan banyak sperma ketika melakukan hubungan seks.

Bilangan sperma yang sedikit akan mengurangkan peluang wanita untuk memperoleh anak.

Berdasarkan kajian itu, lelaki yang tidak kacak didapati mengeluarkan lebih banyak sperma.

Pelajar Dirogol 7 Lelaki

PETALING JAYA – Selepas terkejut dengan kisah seorang pelajar ketagih seks di kandang kambing di Jenderam Hulu, Sepang Rabu lalu, polis semalam membongkar pula kes seorang lagi pelajar yang sanggup menjalinkan hubungan seks dengan tujuh lelaki.

Lima daripada tujuh lelaki yang merogol mangsa berusia 16 tahun dan dikatakan merupakan rakan sekolah mangsa yang berusia 15 tahun.

Hubungan intim antara mangsa dan ketujuh-tujuh lelaki itu didakwa telah berlanjutan sejak awal bulan ini.

Mangsa dikatakan membiarkan dirinya dirogol oleh ketujuh-tujuh suspek itu di dua buah rumah di Sungai Buloh dekat sini ketika dia ponteng sekolah.

Dua buah rumah itu dipercayai rumah sewa kepada suspek-suspek itu.

Wednesday, July 8, 2009

10 Tip Tambah Duit

1-Menjadi wakil Avon: Dengan modal RM15 sahaja, Avon memberi peluang kepada anda untuk memulakan bisnes dan jadi bos sendiri. Anda boleh kerja dari rumah pada waktu yang fleksibel.

2-Menjadikan hobi anda sebagai kerja sampingan: Ubah suai tanaman bunga atau sayuran anda kepada jenis tanaman yang boleh dijual.

3-Memaksimum bakat menjahit atau membuat kuih: Mulakan bisnes and bertanya kepada saudara-mara dan kawan-kawan jika mereka ingin menempah baju atau membeli kuih dan kek anda.

4-Bakat muzik: Kalau anda pandai bermain peralatan muzik, anda boleh mengajar dengan kadar RM30 sejam.

5-Jika anda minat mengarang: Anda boleh jadi penulis sambilan atau penulis novel.

6-Jualan garaj: Jual barang- barang lama yang tidak digunakan lagi.

7-Tuisyen: Anda boleh memberi kelas tuisyen kepada pelajar sekolah berdekatan rumah anda.

8-Sewa bilik di rumah: Jika anda ada bilik yang tidak digunakan, apa salahnya disewakan?

9-Mendandan: Menawarkan perkhidmatan mendandan pengantin atau mereka gubahan hantaran perkahwinan.

10-Mengasuh: Menjaga anak-anak jiran atau sahabat-sahabat rapat

Perarakan Dedah Payudara

GAMBAR menunjukkan Crow duduk bersama dua wanita yang mendedahkan payu dara mereka pada perarakan di Auckland pada tahun lalu.

Seorang usahawan industri hiburan lucah, Steve Crow berikrar akan meneruskan penganjuran perarakan wanita yang mendedahkan payu dara di Auckland, New Zealand walaupun syarikatnya menghadapi krisis kewangan.

Akhbar Fairfax melaporkan, Crow menyatakan perarakan tahunan yang diadakan sejak 2003 itu akan diteruskan seperti tarikh asal iaitu pada 23 September depan.

Datuk Bandar Auckland, John Banks berkata, beliau menentang keras perarakan wanita yang mendedahkan payu dara itu.

Bagaimanapun, menurutnya, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perarakan itu yang menarik kehadiran ribuan penonton.

Norman KRU Kahwin

Selepas lama membujang, pintu hati penyanyi kumpulan KRU yang kini bergelar usahawan berjaya, Norman Abdul Halim akhirnya terbuka untuk mendirikan rumah tangga.

Norman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Berhad secara eksklusif mengesahkan kepada Kosmo! bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada 7 Ogos ini.

Wanita pilihannya ialah Ketua Pegawai Eksekutif KRU International, Shireen Hashim, 44, yang tujuh tahun lebih tua daripadanya.

Norman, 37, dan Shireen akan dinikahkan selepas solat Isyak di Masjid Saidina Ali, Bukit Damansara di sini pada tarikh tersebut.

Tuesday, July 7, 2009

Jawatan Pengacara Separuh Bogel

AGENSI pencari pekerja di Britain iaitu Jobcentreplus menyiarkan iklan jawatan pengacara satu rangkaian televisyen lucah di laman webnya.

Agensi mencari pekerja di Britain iaitu Jobcentreplus menyiarkan iklan jawatan seorang pengacara untuk satu rangkaian lucah televisyen di laman webnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Calon yang berminat menjadi pengacara itu perlu berumur lebih 18 tahun, bekerja dalam keadaan separuh bogel dan berbual lucah dengan orang yang tidak dikenali.

Waktu bekerja bermula dari pukul 9 malam hingga 5 pagi dan pemegang jawatan itu akan memperoleh bayaran sebanyak £220 (RM1,268) bagi setiap syif.

MJ Selamat Dikebumikan

Kawasan tanah perkuburan Forest Lawn Memorial Park di Hollywood Hills, California yang menjadi tempat Jacko disemadikan. Gambar kecil menunjukkan keranda Jackson diusung ke pusara.

Keluarga Raja Pop, Michael Jackson memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah penyanyi itu di tanah perkuburan Forest Lawn, Hollywood Hills semalam.

Satu rombongan keluarga Michael yang menaiki kereta dengan diiringi polis tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 8.15 pagi waktu tempatan (11.15 malam waktu Malaysia).

Tiga anak Michael merupakan antara tetamu yang awal keluar dari kereta dan memasuki bangunan di tanah perkuburan itu. Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu kerana degupan jantungnya terhenti

Slash Hampir Maut Di Konsert MJ

KENANGAN yang tidak akan padam. Slash (kiri) ketika bergandingan dengaan Jacko pada 2001.

ROCKER tersohor, Slash mendedahkan dia hampir maut akibat serangan sakit jantung ketika membuat persembahan pentas bersama Michael Jackson di New York pada tahun 2001.

Ini kerana Slash sebenarnya ketika itu baru sahaja menjalani pembedahan bagi memasukkan alat pengesan degupan jantung ke dalam jantungnya.

Namun menurut bekas gitaris band rock, Guns N' Roses itu, ketika menjayakan konsert meraikan ulang tahun ke-30 karier solo Jackson dalam arena muzik itu, dia tiba-tiba berasa sakit pada bahagian dadanya

MUH Tanpa Lan

SEMBILAN tahun bersama kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH), akhirnya vokalisnya Lan atau nama sebenarnya Norazlan Roslee secara rasminya meninggalkan MUH pada malam Ahad lalu.

Pengundurannya saat nama MUH berada di puncak, saat lagu mereka menjadi siulan dan saat mereka menerima pelbagai anugerah penghargaan.

Namun, keputusan yang dibuat tidak mungkin ditarik balik oleh pemilik vokal unik ini. Bukan dia semakin bongkak dengan kelebihan suara yang dimiliki tetapi dia percaya hanya pengunduran diri merupakan jalan terbaik buatnya dan dua anggota MUH yang lain iaitu Taja dan Afat.

Menurut Lan, dia terlalu sayangkan MUH sehingga sukar buatnya untuk pergi meninggalkan pentas sebaik sahaja konsert terakhirnya bersama MUH iaitu Konsert Generasiku di Hard Rock Cafe Ahad lalu berakhir.

Friday, July 3, 2009

Gembira Tanpa Kaki Dan Tangan

NICK VUJICIC melompat ke dalam kolam renang di Melbourne baru-baru ini.

MELBOURNE - Keadaan Nick Vujicic yang lahir tanpa tangan dan kaki sangat mengerikan malah ibu bapanya sendiri tidak sanggup melihatnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Bapa Vujicic muntah sebaik keluar dari bilik bersalin manakala ibunya tidak memegangnya sehingga dia berumur empat bulan.

Vujicic mengalami tekanan perasaan malah dia pernah cuba melemaskan diri dalam bilik air ketika berumur 10 tahun kerana tidak tahan diejek dan dibuli di sekolah.

Namun Vujicic yang kini berumur 26 tahun menikmati setiap perkara yang dilakukannya seperti bermain bola sepak, berenang, meluncur air dan bermain golf.

"Saya boleh berenang kerana 80 peratus badan saya ialah paru-paru. Saya memiliki satu kaki kecil yang membolehkan saya bergerak dan berenang," kata Vujicic.

Nasib Manohara

Apakah muslihat Daisy Fajarina di sebalik kemelut rumah tangga anaknya, Manohara Odelia Pinot dengan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry?

MUNGKIN kisah rumah tangga Manohara Odelia Pinot dan Tengku Muhammad Fakhry telah reda di Malaysia. Namun, sebaliknya berlaku di negara seberang, Indonesia. Kemelut rumah tangga keluarga diraja Kelantan itu masih hangat diperkatakan oleh media cetak dan media elektronik di sana.

Malah banyak pendedahan terbaru dan ulasan mengenai kisah itu turut dimuatkan dalam Internet. Antara blog yang turut membuat pendedahan itu beralamat di http://toughlane.blogspot.com. Blog itu mendedahkan bahawa, Manohara didakwa telah dipergunakan oleh ibunya sendiri untuk mendapatkan duit bagi kepentingan peribadi.

Laporan terbaru blog itu juga menyebut bahawa ibu Manohara, Daisy Fajarina (Daisy) terdesak melakukan apa sahaja untuk melepaskan dirinya daripada bebanan hutang dek kerana ingin terus hidup mewah.

Malah, hasrat si ibu yang ingin terus hidup mewah itu terbukti apabila dia menyuruh Manohara terlibat dalam penerbitan sinetron yang diberi judul Manohara yang mengisahkan tentang kehidupan anak gadisnya itu.

Dijel Kerana Aksi 'Superman'

INILAH aksi ala 'Superman' yang dilakukan oleh Mohd. Zaidi yang dikekalkan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak rayuan seorang pelesit rempit terhadap hukuman penjara enam bulan dan denda RM7,000 kerana kesalahan menunggang motosikal ala 'Superman' di sini hampir enam tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab. Aziz mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret pada 6 November 2008 yang mensabitkan Mohd. Zaidi Zainuddin, 24, atas kesalahan itu pada 15 November 2003.

Tertuduh juga dikenakan penjara empat bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

Cristiano Ronaldo Mengamuk

CERMIN kereta yang dinaiki Sara Pardal pecah ditendang Ronaldo dalam satu kejadian di Lisbon baru-baru ini.

Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo memecahkan tingkap sebuah kereta sebelum memaki hamun seorang pelajar perempuan, Sara Pardal kerana merakam gambarnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Media Portugal melaporkan bekas pemain kelab bola sepak Manchester United itu geram melihat aksinya dirakam lalu menendang tingkap kereta yang dinaiki Pardal, 17, sehingga pelajar itu cedera terkena serpihan kaca.

Micheal Jackson Kebumi Selasa Depan

JENAZAH Michael Jackson dipindahkan dari sebuah bilik mayat ke sebuah pusat pengurusan jenazah di Los Angeles kelmarin.

Keluarga Michael Jackson membatalkan rancangan menyemadikan Raja Pop itu di kediamannya di Neverland Ranch ekoran wujud kebimbangan jenazahnya tidak dapat dikebumi di lokasi itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia berikutan undang-undang negeri California melarang pengebumian dilakukan di luar kawasan perkuburan. Peraturan tersebut mengecilkan peluang untuk menjadikan Neverland Ranch tempat persemadian terkenal seperti Graceland dan menghampakan jutaan peminat Raja Pop itu.

Jika peraturan itu dikuatkuasakan, satu upacara tertutup untuk memperingati peMichael akan diadakan di Neverland Ranch selepas jenazahnya dikebumikan. Jenazah Raja Pop itu dipercayai akan dikebumikan di Taman Peringatan Forest Lawn di Hollywood Hills dekat sini di mana neneknya, Martha Bridges dikebumikan pada 1990.


Menurutnya, sebuah kubur telah digali di lokasi tersebut yang dikelilingi bukit bukau dan akan menjadi tempat persemadian Michael

Music Life


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones