![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9UeAd4dhoAMIJGRq8kN8QhCB0IWk-QRSVrJgAHY6lBxiM870VRdyOlndI4gzFDYVhCCppyANuqzK9DGibWKa3JGg5hR7bqMGdiIR7Y7jMqPDvYPTDtUy8riUY47t-MpvL0IjlFfxOiA8/s400/du_03_1.jpg)
ROM - Seorang pelacur yang dikaitkan dengan skandal seks Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi iaitu Patrizia D'Addario akan menjadi hos parti di sebuah kelab malam bersejarah di Paris, lapor sebuah akhbar semalam.
D'Addario yang berumur 42 tahun mendapat liputan meluas pada bulan lalu selepas dia dan beberapa wanita lain dikatakan dibayar bagi menghadiri parti di kediaman Berlusconi.
Wanita itu akan menjadi hos parti I Love Silvio yang dijadualkan berlangsung malam ini.
Risalah parti tersebut memaparkan gambar Berlusconi bersama D'Addario serta berlatarkan menara condong Pisa.
No comments:
Post a Comment