![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhalMqzq49TP4t0m_mgZqNATqCLw2OhUzQOoBO_0IRTXjWZYTM0l1QdXiJXCTEeiXpki9NIcdoKvDqu6udQnmFXRXY6tO2J7_8QcVQR5qztHV_cF8cz8HmSCI2w9omBKrjrRFkT-hi9zGQ/s400/su_06_1.jpg)
ROM - Bekas juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher akan membuat penampilan semula dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1).
Pengumuman yang dibuat pasukan Ferrari itu kelmarin pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh peminat fanatik Schumacher.
Legenda kelahiran Jerman itu yang bersara pada tahun 2006 akan menggantikan tempat Felipe Massa pada perlumbaan Grand Prix (GP) Eropah, 23 Ogos ini.
Schumacher juga dijangka mengekalkan posisinya selaku pemandu Ferrari sehingga penghujung musim ini.
"Pasukan Ferrari-Marlboro bercadang untuk memberi peluang kepada Michael Schuma- cher menggunakan kereta Felipe Massa sehingga pemandu Brazil itu kembali bersaing," jelas kenyataan pasukan dari Itali itu.
No comments:
Post a Comment