Iz- Land Entertaiment

Iz- Land

Friday, July 3, 2009

Micheal Jackson Kebumi Selasa Depan

JENAZAH Michael Jackson dipindahkan dari sebuah bilik mayat ke sebuah pusat pengurusan jenazah di Los Angeles kelmarin.

Keluarga Michael Jackson membatalkan rancangan menyemadikan Raja Pop itu di kediamannya di Neverland Ranch ekoran wujud kebimbangan jenazahnya tidak dapat dikebumi di lokasi itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia berikutan undang-undang negeri California melarang pengebumian dilakukan di luar kawasan perkuburan. Peraturan tersebut mengecilkan peluang untuk menjadikan Neverland Ranch tempat persemadian terkenal seperti Graceland dan menghampakan jutaan peminat Raja Pop itu.

Jika peraturan itu dikuatkuasakan, satu upacara tertutup untuk memperingati peMichael akan diadakan di Neverland Ranch selepas jenazahnya dikebumikan. Jenazah Raja Pop itu dipercayai akan dikebumikan di Taman Peringatan Forest Lawn di Hollywood Hills dekat sini di mana neneknya, Martha Bridges dikebumikan pada 1990.


Menurutnya, sebuah kubur telah digali di lokasi tersebut yang dikelilingi bukit bukau dan akan menjadi tempat persemadian Michael

No comments:

Music Life


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones