![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi89AOffObTciZLi0_3SAV6goRdHr1QPIXxG-Io_qICoGX3f3yxTZ4PF4eBlSZp9CqdJRXzPBAHsNfb0s4jnhqI61-jaJF2w5Q95pc6Hliwhv6698a2oX1qwVpIABZo1Ryg8EIIvmZIIhw/s400/ne_09_1.jpg)
Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak rayuan seorang pelesit rempit terhadap hukuman penjara enam bulan dan denda RM7,000 kerana kesalahan menunggang motosikal ala 'Superman' di sini hampir enam tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab. Aziz mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret pada 6 November 2008 yang mensabitkan Mohd. Zaidi Zainuddin, 24, atas kesalahan itu pada 15 November 2003.
Tertuduh juga dikenakan penjara empat bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.
No comments:
Post a Comment