Iz- Land Entertaiment

Iz- Land

Saturday, June 13, 2009

Beckham Separuh Bogel

LONDON: Sehari selepas membenam Andorra 6-0 di padang, bintang bola sepak England, David Beckham melancarkan kempen baru seluar dalam jenama Giorgio Armani, semalam.

Ketika ditemu bual, Beckham mengakui dia bangga tetapi ‘agak malu’ melihat imejnya dipapar di papan tanda besar dalam keadaan hanya berseluar dalam.

Pada gambar promosi itu, Beckham mengenakan seluar dalam hitam dengan logo helang Giorgio Armani yang mula dijual di kedai pakaian di Jalan Oxford, London.

Bintang bola sepak berusia 34 tahun itu kini dipinjamkan Los Angeles Galaxy ke AC Milan di Itali. Isteri Beckham, Victoria, pernah digunakan Giorgio Armani untuk mempromosi pakaian dalam sebelum ini.

Dalam gambar terbaru kali ini, simbol seks England itu memberikan pelbagai gaya separuh bogel, termasuk berehat di atas kerusi dengan kakinya terkangkang. Seutas tali melilit badannya yang ditutup lengan bertatu.

Model berusia 18 tahun, Georgia Palmer, mengakui kehebatan susuk tubuh Beckham dalam keadaan begitu. “Dia sangat hebat,” katanya.

No comments:

Music Life


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones