SALAH satu permainan dalam talian yang terdapat dalam Hello Kitty Online yang bermula Julai ini.
Bagi peminat anak patung dan peralatan Hello Kitty, anda bakal mengalami kejutan menjelang bulan Julai ini apabila jenama yang melambangkan kucing comel itu bakal mempunyai rangkaian sosial dan permainan dalam talian, Hello Kitty Online.
Permainan itu akan dilancarkan di negara ini dan Singapura dalam portal gloot.net oleh Oriented Games dan ia merupakan sebuah rangkaian permainan yang membolehkan ramai pemain bermain secara serentak di seluruh dunia dalam platform yang dikenali sebagai Massively Multiplayer Online Role Playing Game (MMORPG).
Hello Kitty Online telah menerima lebih daripada 300 maklum balas menerusi media permainan maya serta laman blog di seluruh dunia apabila versi awalnya dilancarkan oleh Sanrio Digital sebelum ini
No comments:
Post a Comment