![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQJ1c9Q7Udtwb5spZJLSVO3evFwg8k1sObgL6-BB21MzGqpAlRaAIV8bn9jkkd5eiaKEmfkiE0ykYSP0YSp33jenDOiX9z1ymxIOwuS3npY2ZWhMFN_1640qzxDnNus_OLI5UAV9as0js/s400/mainpix.jpg)
Walaupun dia masih sibuk dalam proses rakaman album sulung, tetapi rezeki Tomok tidak putus.
Bagi peminat Tomok, penyanyi berusia 24 tahun ini membawa berita gembira apabila dia bersetuju membintangi filem baru, Mantera yang akan memulakan penggambaran pada 23 Julai nanti. Menariknya, kemunculan kedua Tomok di layar perak kali ini berbeza dengan pengalaman ketika menjadi pelakon pembantu filem seram, Makar lima tahun lalu.
Tomok diberi kepercayaan oleh produksi Flare Studios Sdn Bhd yang bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Spacetoon Russia memegang watak utama iaitu superhero dikenali Mantera.
Superhero ini yang turut dikenali sebagai Azman menggandingkan Tomok bersama seorang pelakon wanita dari Russia. Pelakon tempatan lain yang terbabit adalah Lisa Surihani dan Hairie Othman. Kata Tomok, dia teruja sebaik mendapat tawaran berlakon filem dan tidak menunggu masa lama untuk memberi persetujuan.
No comments:
Post a Comment