Iz- Land Entertaiment

Iz- Land

Sunday, June 21, 2009

Tawaran Terhebat BIG Cinemas

BIG Cinemas Lotus Five Star merupakan rangkaian pawagam terbaru di Malaysia.

MENYEMARAKKAN tayangan perdana filem Transformers: Revenge of the Fallen di Malaysia, rangkaian pawagam terbaru, BIG Cinemas Lotus Five Star (BIG Cinemas) menawarkan sesuatu yang hebat.

Bermula, semalam pihak BIG Cinemas telah melancarkan peraduan Tranformers: Revenge of The Fallen dan mahu tahu apakah hadiah utamanya?
Bernilai RM45,000 anda berpeluang untuk memenangi model Optimus Prime setinggi tujuh kaki di samping 2,000 hadiah kedua iaitu baju-T eksklusif Transformers dan 100 hadiah sagu hati, robot mainan Transformers.

Caranya senang sahaja, sambil menonton Transformers: Revenge of the Fallen di mana-mana pawagam BIG Cinemas, beli Kombo Super Extra Large (SXL) yang bernilai RM15, anda layak untuk menyertai peraduan tersebut.

No comments:

Music Life


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones