Iz- Land Entertaiment

Iz- Land

Saturday, June 13, 2009

Pelakon Kena Serang

“Saya dengan Haleeda hanya rakan sekerja, tidak lebih daripada itu,” kata pelakon Shah Hassan mengenai status hubungannya dengan penyanyi dan pelakon wanita berkenaan selepas insiden serangan dan pergaduhan ketika penggambaran drama bersiri minggu lalu.

Malah katanya, niat meminjamkan kereta kepada Haleeda adalah atas dasar membantu kawan.
“Saya membantu seorang kawan yang saya percaya, tetapi saya tidak sangka ia mengundang perkara buruk sehingga mengaibkan ramai pihak,”.

Shah, 37, juga mendakwa Haleeda dan isterinya saling mengenali antara satu sama lain dan soal cemburu tidak sepatutnya timbul. “Punca kejadian itu disebabkan cemburu buta dan tidak puas hati seorang individu bergelar Datuk,” katanya.


Beliau mendakwa disebabkan perasaan itu, isterinya terpedaya selepas dihasut sehingga menyebabkan berlaku serangan dan pergaduhan.
“Sebenarnya perkara ini dapat diselesaikan dengan berunding, tetapi disebabkan campur tangan Datuk terbabit terjadi perkara memalukan itu,” katanya.

No comments:

Music Life


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones