Iz- Land Entertaiment

Iz- Land

Sunday, June 7, 2009

'Brian layak jadi suami saya-Nana'


LUMRAH pasangan bercinta mengakhiri hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Begitulah yang dilalui pasangan penyampai radio Era FM, Nurul Hana Che Mahazan, 26 atau Nana dan pasangannya yang juga Pengurus Program Hitz FM, Mohamed Raqeem Brian Abdullah, 35 (Brian).
Perkenalan dalam tempoh lima tahun membawa pasangan itu ke gerbang perkahwinan. Majlis berlangsung meriah di kediaman keluarga pihak perempuan walaupun ada di antara pihak yang cuba mencetus 'cerita' kononnya majlis berkenaan diadakan tanpa menjemput pihak media.

“Biarpun ada beberapa masalah kecil sebelum ini, namun saya gembira kerana segala yang dirancang berjalan lancar. Biarpun tanpa penaja, majlis ini tetap meriah dan cukup istimewa. “Biarpun perangai saya agak `gila-gila' namun Brian tetap sabar dan sentiasa setia melayan kerenah saya. Dia memang baik dan apa yang lebih penting dia menghormati orang lain termasuk orang tua saya,” katanya.

Nana kelihatan anggun dengan busana rona putih sedondon dengan suaminya. Pasangan itu dinikahkan Imam Masjid Jamek Sultan Ibrahim merangkap Jurunikah Daerah Muar, Azman Mo’min dengan dua kali lafaz nikah di kediaman keluarga perempuan di Muar, Johor kira-kira jam 11.04 pagi, Sabtu lalu. Terdahulu majlis adat merisik dan pertunangan pasangan sejoli itu berlangsung pada sebelah paginya.

Pihak pengantin lelaki membawa wang hantaran RM21,000 termasuk tujuh hantaran lain dan dibalas dengan set gitar elektrik jenama Gibson bernilai RM10,000 bersama sembilan hantaran istimewa daripada keluarga Nana. Selepas menghadiahkan set gitar Gibson sebagai hantaran, Nana mengabadikan hari perkahwinannya dengan kejutan menghadiahkan kereta Mercedes Benz C200 Kompressor kepada ibu tersayang, Rosnah Harun, 48.

No comments:

Music Life


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones