![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMgXhNc9cwEf8TSDrONcUyxn1rxRXiAusxNOYEwqlYaenlxFyNHslfMApCwW_8kt1MiUe4QQy3yy-wj7H_HZ15C_Il-0P_gVo3_FshAun7gn6JnzLbbQVQdnunL5CDTXcPWIel8l4CvTM/s400/hi_01_4.jpg)
Pelakon berusia 26 tahun itu bukanlah sesiapa di pentas wayang Malaysia.
Populariti yang diraihnya masih di tahap sederhana, masih belum sebaris jika hendak disamakan dengan aktor pujaan ramai seperti Farid Kamil, Fahrin Ahmad mahupun Aaron Aziz, sebaliknya, jika dilihat dari bakat serta kemampuan, Sam tidak terpinggir jauh di belakang.
"Terima kasih kerana nampak kelibat saya. Sungguh saya akui, sampai ke hari ini, belum pernah terdetik di hati saya bahawa saya seorang artis dan berlagak macam artis. Jika orang tidak kenal siapa saya sebenarnya, ramai akan kata saya 'poyo', ada juga yang kata saya sombong," luah anak bongsu kepada penerbit dan pelakon Khaty Fauziah dan adik kepada pelakon Zizie Ezette itu merendah diri.
No comments:
Post a Comment